Pages

30 March 2013

Bali: Gurl's Venture

Sapa kata pergi bercuti boleh merehatkan badan dan minda? Tipu semua tu, unless kalau pergi bercuti tidak lebih dari 2 orang. Lepak tepi pantai sambil baca novel or main Candy Crush game. Setakat bercuti camtu lepak kat balcony depan umah pun boleh der..! Bagi aku la, if you said pergi holiday, maka preparation dari segi mental & fizikal adalah sangat penting. Make sure sihat dan aktif, otherwise sia-sia saja percutian anda tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Especially pergi ke pulau yang cantik cam di Bali ni terlalu banyak aktiviti yang mereka sediakan untuk pelancong. Sekadar menikmati pemandangan yang cantik tanpa sebarang aktiviti pastinya sangat bosan kannn. Maka dengan itu kami spend one day just for us & the bitch beach. Huhahahaaaa!!!

Tanjung Benoa berada di tenggara dari Pulau Bali dan berhadapan dengan kawasan Nusa Dua. Perjalanan memakan masa selama 35minit dari Pusat Bandar Kuta. Tempat untuk mandi dan locker ada disediakan disini. Bilik make up je tak ada yea :-p Sementara menunggu giliran boleh lepak kat cafe yang ada di sini tapi heavy food memang tidak disediakan, kalau ada pun atas permintaan dengan kuantiti yang banyak. So layan light & easy je la, lapik perut sebelum masuk waktu.



Kalau dah pompuan tu pompuan gak lah kan baru nak tukar baju, salin pakaian dah kecoh bagai nak rak. Eshh..!! Eshh..!! Eshh..!! anak dara sapa lah ni buat suka hati cam pulau ni mak bapak kitorang yang punya jer. Heheeeeee.. baru lah betul bercuti namanya. Forget the rules, forget all your problems, and throw everything behind & enjoy...!!!

Sempat pose dulu sebelum terbang ke langit Biru, ala-ala Charlie Angels bersama dengan life jacketnya..(*apa barang ..??) tapi yang ni version Aries Gurls.. ;-) Manalah tau lepas ni tak dapat nak posing-posing lagi. Chooii!!!


Can you see that??




It's so beautiful when reach up there! Tak tau canner nak gambarkan pemandangan yang aku nampak dari sudut atas tu walaupun hanya untuk sejenak. Nak je aku bawa camera masa ni share the moment ngan uols tapi baik aku lupakan je lah hasrat di hati tu, nak hendle menda ni pun aku terketar-ketar. Karang camera entah ke mana, aku pula yang sampai angkasa melayang. Cita-cita masa standard one dulu nak jadi ahli payung terjun :-)


Ok aktiviti yang seterusnya adalah yang paling mencabar aku rasa sebab nak kena menyelam terbenam dalam air laut yang luas terbentang. Datang Bali kalau tak try benda ni memang rugi besar yang amat kayy, sebab kat Bali ni tak payah pening nak ada diving lesen pun uols leh masuk dalam laut untuk mendiving. Of course lah ada instructor yang akan beri penerangan, bawa kita jalan-jalan dalam laut, snap picture & video kita dalam laut tu.



Let me tell u how i felt down there.. Turun dari boat tu rasa agak seram sejuk, of cause la air laut pun dah memang sejuk. Pastu rasa cam nervous pun ada its like you lose balance of yourself. Semua penerangan yang instructor tu cakap tadi cam dah lupa, blank jap otak aku, apa tak nya udah lah muka aku kena ikat dengan musk ketat, galas tong gas yang berat pula kat belakang. Nasib baik dalam air kalau tak nescaya kena buasir aku gamaknya. Yang sebenonya ada gak perasaan cuak tu, apetah lagi tengok Mariana yang sebesar alam tu pun tak boleh nak tenggelam dalam air. Orang lain semua dah tenggelam tinggal dia sorang je yang masih terkapai-kapai. pe crita?? Last-last susah sangat mamat boat tu tarik dia masuk dalam laut. haambik ko! 

Bila dah masuk dalam laut yang terbentang luas tu baru rasa cam bertenang sikit, hilang segala bunyi kesibukan & kesesakkan dunia. Yang ada cuma bunyi soundtrack kapal selam kat telinga jer, rasa macam aku berada di dunia yang lain. Penerangan yang instructor tu cakap tadi pun dah leh recall semula :-)

Siapa sangka di tengah-tengah laut ada disediakan laluan bagi para penyelam untuk berdiving. Terdapat tali dan pagar yang disediakan di sepanjang laluan dasar laut, jadi para penyelam yang tak berapa nak pandai sangat menyelam macam kami ni boleh menyusuri dasar laut dengan memegang dan berpaut pada tali yang ada. Tali tu sangat sesuai untuk Mariana yang asyik nak tertimbul jer..tapi tak tau lah apa ilmu dia pakai ikan-ikan di laut suka sangat main dengan dia.


See what we found..
Ini adalah gambar kontroversi sebab tu kena lock up. huhuuuu...!! yang penting nak show off bahawasanya kami dah pegang Tapak Sulaiman yang sangat segar. Tapak Sulaiman merupakan salah satu golongan batu karang hidupan laut yang mempunyai 5 jari, sekiranya salah satu dari jarinya patah ia akan tumbuh kembali. Unik kan? nampak macam Hard Rock je Tapak Sualaiman ni tapi sebenarnya dia batu karang yang bernyawa. Percaya atau tidak sampai hari ni aku ingat Tapak Sulaiman akan melekat pada kulit bila disentuh. hahahaaa....!! terpengaruh gak aku ngan cerita cartoon. Ciss!!


Oleh kerana dia adalah hidupan laut yang sangat unik dan cantik maka atas dasar perikemanusiaan kami pun faham dia juga perlu meneruskan kehidupannya. Bye..bye.. Starfish. We had a wonderful moment to know you... Sampai kita ketemu lagi ...


Our last destination petang tu ke Turtle Island, visit turtle la of course, ada burung besar yang cantik dan ular sawa yang sangat unik coraknya. Sorry picture ular yang unik tu tak dapat nak post kat sini. Britney Spears menangis tengok gambar tu nanti.  Huhuuuu...!!


:: Kami ::



10Q 4 ur time..We had sweet vacation!

No comments: