Pages

20 December 2013

Bandung: Shopping Paradise

Semua orang tahu & kenal Bandung merupakan syurga membeli-belah terkenal di Asia, kesian sangat uols kalau tak tahu la kan. Since dia dah jadi antara yang terfamous di Asia, haruslah menjadi salah satu senarai top list percutian yang wajib di hinggap gituww. Aku pun nak gak abadi kan cerita lawatan aku ke Bandung cam blogger yang lain coz this is my story on my blog not urs.. suka hati aku la kan...huhuuu!!

Kenapa di Cihampelas? atas nasihat seorang kawan yang pernah sampai ke sini dulu, dia suggest aku stay kat hotel kawan dia di jalan Cihampelas ni. Since rujuk kat google map kata kawasan ni pun berada di tengah antara tempat-tempat yang bakal kami lawati nanti, so setuju aja lah...

Cihampelas Shopping Street: uniknya, kedai-kedai dan butik di sepanjang Cihampelas ni dihiasai dengan replika macam Superman, Batman, Spiderman dan lain-lain lagi di depan pintu masuk outlet mereka. Factory Outlet yang tak berapa nak glam sangat pun banyak juga sepanjang jalan ni.





Toko Tiga: Familiar tak tengok brand-brand kat signboard picture bawah ni? kat sini la syurga jeans! Sebut je apa jenis & brand yang korang nak semua ada kat dalam tu, Jeans Ori pula tu. Kalau nak tempah pun diaorang boleh buatkan siap penghantaran ke bilik Hotel lagi. Malang selalu memang tak berbau, tu sebabnya kami tak sempat nak singgah kat sini walau  pun dah dokek sangat dengan hotel kami menginap :(

Rumah Mode: antara tempat shopping yang sangat terkenal di Bandung, terletak di jalan Cipaganti, kebanyakan fashionnya memang banyak pilihan dan up to date. Rumah Mode merupakan Factory Outlet yang terbaik kualitinya berbanding most Factory Outlet yang lain. 

The place is well organized, though it seems that they really try to squeeze as much merchandise as possible. Walaupun terdapat banyak pilihan di sini, some others item pun ada yang overprice. Kena bijak sikit memilih la bila bershopping kat sini
.





Datang kat sini tak perlu bawa big stroller bagai sebab memang tak muat pun nak usung ke hulu ke hilir dalam ni. Tengok tu, hari biasa pun tempat ni agak pack penuh dengan manusia. Dinasihatkan jangan lah datang pada hari hujung minggu, time tu orang Jakarta turun ke Bandung untuk shopping. Multiple sesak jadinya!




Bukan kat dalam je, kat luar ni pun sesak gak, kebanyakan kaum adam la dok menunggu kaum hawa yang penuh hawa nafsu bershopping kat dalam nun. Cafe pun ada gak disediakan dalam kawasan ni. Jemput la.. :p

Macam tahu-tahu je orang akan lenguh kaki cari tempat berehat lepas penat bershopping kan, tu sebabnya ada taman depan Rumah Mode ni. Agak kalau aku buka urut kaki depan ni pasti terlaris di pasaran!


Paris van Java: merupakan Shopping Mall yang sangat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan Bandung. Nama ini diperolehi semasa pemerintahan Belanda suatu ketika dulu, terdapat hampir 500 buah kedai di sini dan pelbagai jenis jenama popular antarabangsa popular ada kat sini seperti Esprit, Mango (MNG), Roxy, La Senza, Rip Curl, Nike, Crocs, Adidas & lain-lain lagi.













Makan dulu...... giler lapar sehhhh !! Ni merupakan makanan orang sunda (tak tau lah pula daripada suku kaum mana tu) tapi memang tasteful especially sambal dia tu. yum..! yum!!


Antara Factory Outlet yang lainnya


Aku lebih teruja dengan iklan air mineral cap Rawon Setan tu.. heheeee!!!






Ni bukan tempat shoping ya, ni rumah untuk menyeksa diri, kalau bran masuk la..grrrr!





































Cibaduyut: Terkenal dengan hand bag dan barangan kulitnya yang berkualiti.






Scroll tempat -tempat kat atas ni pun dah penat. Aku yang berjalan ke hulu ke hilir dari satu F. O ke F.O yang lain semua tu, lagi la penat!















Dago Plaza ni banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang electronic & gadget. Harga dia memang murah berbanding kat Malaysia. Aku beli bateri camera Nikon (saja buat spare) cuma Rp150,000 (RM40) normal price is RM65.00. Suka Tau!!

Final destination shopping kami adalah ke Pasar Baru: 

Apa benda yang tak ada kat sini? macam-macam ada dari barang kulit, kain, accessories, pakaian, toys dan bermacam lagi lah. sampai pening aku dibuatnya. Emmm kata pun Trade Center kan datang sini awal pagi, tak sedar dah sampai ke petang rupanya kami dok merayap kat sini. Kalau kat Malaysia ni kira macam JJCM la ni. Cuma bezanya kat sini leh dapat harga murah giler. Bayangkan lah, t-shirt leh jatuh harga sampat RM6 sehelai, tudung RM3-4 sehelai. Tapi kena pandai barging la.

Ramai orang Malaysia datang sini borang banyak barang kat sini untuk berniaga




Tips bershopping di Pasar Baru :
Kalau kat tempat kita biasa semua shopping Mall akan tutup pada kul 10pm. Kat Pasar Baru semua kedai akan selesai beroperasi pada pukul 5pm. Kira cam office hours la diaorang ni kerja. Ada juga yang tutup kedai awal jam 4.30pm.

Make sure take 1 free day on your Bandung schedule untuk datang ke sini. Dinasihatkan juga datang seawal pagi untuk shopping di sini. Tu pun belum tentu leh habis around satu building ni. Penat sioottt!! tapi puas hati dan baloi sangat shopping kat sini.

Be caution: Jangan tunjuk beg yang penuh duit masa nak bayar. Prepare duit di tempat lain dalam beg duit juga dan keluarkan amount yang cukup je semasa membuat pembayaran. Kebanyakan peniaga kat sini asyik kata tak ada duit tukar jer. Alih-alih minta keep the change balance tu. Errr .. kalu dah 100 kedai camtu, tauke dadah pun bankrap camni.

Ingat yea beg galas semua letak kat depan semasa bershopping. Penyeluk saku sangat ramai berkeliaran kat sini.



10Q 4 ur time, open your eyes wider as you can!!

No comments: