Pages

13 May 2013

Kellie's Castle

On my way go to Pulau Pangkor hari tu, kami singgah sebentar di Kellie's Castle. This place recommended by my sis. Masa kecil2 dulu bila balik dari umah kerabat kat belah utara sana mesti abah akan singgah ke sini, tu pun klu dia rajin la. Now dh besar panjang x tau pe crita castle tu, so we decided to drop by.

Apa ada pada Kellie's Castle? Best sgt ke tempat tu? Kellie's Castle berada dalam struktur bangunannya yang x berapa nak siap sgt, menjadikan ia very the heritage look. Kawasan sekelilingnya agak dijaga rapi dan dijadikan tempat bersejarah untuk tontonan umum, ala-ala kisah bersejarah penjara pudu tu.

Apa yang buat castle ni menarik adalah tentang sejarahnya. Didirikan sekitar era 1908 *mak sedang proses aku dlm perut mak dia* Castle ini dimiliki oleh seorang Engineer yang merantau & mencuba nasib di Malaya pada usianya awal 20an.




Mengapa nama Kellie bkn nama aku atau kamu untuk castle ini?  Sbb aku & kamu bkn awek atau isteri dia lah jawapannya...ahaks! Oleh kerana kasih dan cintanya yang teramat sangat kepada isterinya, maka castle ini diberi nama sempena teman hidupnya itu. Sweetttt sangat kan?? *bertuahnya si empunya badan..*

Ok la sambung balik cerita castle ni..Bahan utama binaan serta pekerja castle ini diimport terus daripada negara India dan Sulawesi oleh William Smith (the owner). Semasa process pembinaanya terdapat satu penyakit misteri telah melanda pekerja-pekerjanya lalu mati  meningal dunia. Maka timbul lah satu khabar kepercayaan karut yang menyarankan beliau membina sebuah kuil Hindu bagi meredakan kemarahan tuhan (kononya) Kuil pun dibina di kawasan berhampiran namun malangnya castle ini tidak pernah siap dibina. Kematian demi kematian terus berlaku sehingga lah berita kematian beliau dikhabarkan semasa lawatannya ke Lisbon, Portugal ketika umur beliau mencecah 56 tahun akibat serangan radang paru-paru yang kronik. *Tuhan dia marah kat dia pulak....huhuuu!!*

Smith telah dilantik oleh pemilik estet yang bernama Alma Baker bagi membantu dalam pembinaan jalan raya di Selatan Perak. Hasil daripada projek tersebut beliau telah membeli 1000 ekar tanah hutan di Daerah Kinta, lalu dibersihkan untuk penanaman getah bagi melebarkan lagi sayap perniagaan beliau.
Bahagian rooftop Kellie's Castle

Dia bercita-cita mendirikan istana yang besar dengan menerapkan ciri-ciri Scottish, Moorish and Indian architecture. Smith merancang menjadikan istana 6 tingkatnya ini dilengkapi oleh lift yang mana merupakan Malaya's first elevator, indoor tennis court dan rooftop courtyard. 

Menariknya castle ini tidak menggunakan sebarang paku, besi mahupun jentera berat semasa pembinaannya manakala kayu cengal yang digunakan telah diperakui boleh bertahan selama 200 tahun. Ketiadaan bahan binaan seperti simen pada ketika itu maka dinding castle ini dibentuk dengan campuran putih telur, gula merah dan madu sahaja. *mau semua ayam kat kampung tu dia kerah suruh bertelur kann...*  

Di akhir pemerintahan dan penjajahan British di tanah melayu, Istana ini juga semakin dilupakan dan pudar dari ingatan masyarakat setempat. Kellie's (isterinya) telah membuat keputusan untuk menjual castle ini lalu pulang ke tanah air bersama dua org anaknya ke Scotland.

Terletak berhampiran liku-liku aliran anak sungai, Kellie's Castle mudah dilihat apabila menyusuri jalan Batu Gajah - Gopeng. Walaupun ia kelihatan usang namun tidak sunyi dengan kehadiaran pelawat & pelancong. Ia kelihatan masih tersergam indah dengan cahaya mentari yang menembusi ruang-ruang istana kosong ini di waktu pagi.

Bagaikan melawat istana-istana lama selalunya ada perasaan seram sejuk. Dari bilik ke bilik kami lawati terdapat ukiran-ukiran serta hiasan mewah di dinding castle ini yang masih utuh walau pun ia kelihatan usang di mamah usia. Selain daripada itu terdapat juga bilik-bilik serta terowong rahsia di bawah tanah yang menghubungkan terus ke luar kawasan istana.

Kini, Killie's Castle telah menjadi satu simbol penaklukan british dan sebagai lambang romanticism pada satu ketika dahulu. Selain daripada menjadi tarikan pelancong, tempat ini juga telah digunakan ketika pengambaran movie Anna and The King pada tahun 1999.

Menurut lagenda tempatan, walaupun istana ini telah lama ditinggalkan namun semangat Mr. Smith masih menghantui istananya sehingga kini oleh kerana itu sometimes ada yang pernah melihat kelibat orang tua tu merayap-rayap di kawasan istana.


10Q 4 ur time, Hv a wonderful day!

No comments: