Pages

11 June 2013

Krabi: Marahkan cuaca

Tidak lengkap percutian ke pulau kalau x sertai Island Hopping. The Next day kat Ao nang, transport yang akan bawa kami ke tepi laut telah pun terpacak m'tunggu di hotel entrance. Pagi tu sempat lapik perut je dgn roti bakar (hand made by me) tapi x sempat nak minum pagi :-(

Malangnya pagi tu cuaca tidak begitu m'ghairahkan dek kerana hujan rintik2 disertai awan yang agak gelap namun kami tetap juga meneruskan ventures ni berbekalkan DSLR nikkon kesayanganku. Nasib baik sempat belikan cover waterproof dia sebelum datang sini ari tu. Kalau tidak sia-sia saja perjuangan aku ni. *Ewah... poyo lak ayat aku...*

Semalam, lepas feeding cacing dalam perut masing-masing kitaorg terus pergi Ao nang town (walking distance) cari package Island Hopping. Keunikan Krabi adalah terletak pada keindahan pulau-pulau yang ada disekitarnya, maka package yang ditawarkan adalah seperti berikut:

The ‘Four Islands’: Package lawatan m'ambil masa sehari antara yang paling popular dan hanya boleh dikunjungi melalui jalan laut. Pasir pantainya terkenal sebagai yang tercantik di dunia. Pulau-pulau yang terdapat di bawah package ini adalah seperti berikut:
  • Koh Poda: terkenal dengan pasir pantai yang putih dan kebiruan air lautnya. 
  • Island Chicken: terdapat singkapan batu-batu ganjil yang menyumbang kepada view yang sangat menarik. Ia juga dikenali sebagai "Axe Island" atau Koh Hua Gwan. Nama digelar oleh pelancong pertama yang datang ke Krabi. Nickname dia Stuck *pronounce pun cam bunyi ayam, tu la pasal.. 
  • Ko Yawasam & Ko See: kawasan terumbu karang yang banyak serta kehidupan laut. Namun ketika air pasang ia hampir tidak kelihatan.
The Hong Islands: Sebahagian besarnya adalah Taman Negara Marin, pulau-pulau yang terdapat di sini dapat dilawati dalam masa 25minit dari pantai Ao Nang dengan menaiki bot laju. Pantai Phang Nga Bay merupakan antara yang tercantik dengan singkapan batu2 unik, manakala pulau-pulau yang terdapat berhampiran Pantai Ko Hong pula merupakan antara yang tercantik di wilayah Krabi. Namun kebanyakan pulaunya tersembunyi dan tidak didiami, kecuali burung, monyet putih dan biawak gergasi yang sering kelihatan di pantai Ko Lahding yang juga merupakan antara pulau yang indah di mana terdapat banyak sarang burung layang-layang.

The Phi Phi Islands: Dari permukaan sehingga bawah laut kenam-enam pulau yang terdapat berhampiran dengannya dikenali sebagai 'Diamond of Andaman Sea". Pemandangan yang luar biasa dapat dilihat sekitar melewati pulau2 tersebut. Maya Bay merupakan pantai yang paling terkenal di dunia (diperakui dalam movie 'The Beach'). Kebiruan air laut dan putih pasir ada di Bamboo Island. Snorkeling di taman-taman karang berwarna-warni di seluruh pulau Hin Klang & Monkey Bay (which offer a far better experience than the tragically damaged reefs around Maya Bay).

James Bond Island (Phang Nga Discovery): Technically terletak di wilayah Phang Nga di utara Krabi, dan sangat popular berikutan p'gambaran filem 007 yang bertajuk The Man with Golden Gun. Di pulau kecil Koh Khao Ping Gan inilah telah dijadikan sebagai tempat persembunyian Scaramanga dalam filem tersebut (back in 1974). Menyusuri pantai Phang Nga Bay pula terdapat beberapa pemandangan yang sangat menakjubkan di dunia. Melalui package ini mereka akan bawa melawat perkampungan terapung nelayan tradisional di Koh Panyi. I ternary lain such as a short kayak paddle through the mangroves or 1/2hr to elephant trek.


Untuk menakluki semua pulau-pulau tersebut dalam masa satu hari adalah perkara yang sangat mustahil. Kena lak orang cam aku ni yang pantang nampak benda cantik je nk snap...snap..dan snap! After discussion we decided took few Islands trip which is Four Islands & Phi Phi Islands. Pulau yang lain tu, tunggu ko pulau, we will back very soon.

"Listern people, we will ride Sepeed boat for Island Hopping today" kata thai Instructor.
My friend senyum pandang aku yang kerut dahi, aku pun kena sepent time to understand loghat thai dia. hahahaa...!!



Perjalanan menyusuri ke Four Island adalah sangat m'hampakan berikutan keadaan cuaca yang sangat tidak m'ghairahkan pada hari itu. Namun persinggahan kami di Bamboo Island sangat lah menerujakan, putih pasir dan kebiruan air lautnya...OMG! Cantik sangat kayy! walaupun kami semua satu boat berlari-lari menyelamatkan diri drp hujan yang turun lebat tiba-tiba. Ada lak yang sibuk nk terkencing, membuang bagai, nasib baik ada disediakan tempat2 kecemasan kat pulau ni. Oleh kerana masa yang diperuntukan untuk drop by di sini cuma 1jam, kami duk je la bawah pokok bamboo yang cantik sambil berpeluk tubuh, mengigil tunggu hujan berenti. Sighhh...*


Iternary seterunya bersnorkelling berhampiran pulau Hin Klang. Malangnya pemandangan dalam laut ketika itu tidak begitu jelas (air pasang) ikan pun x ramai berpusu-pusu nak main kejar2 ngan aku dek cuaca yang x m'ghairahkan tu :-(  Next snorkelling berhampiran Monkey Bay malang berbau sekali lagi, kali ni ditambah pula rasa gatal2 bila terjun dalam laut tu. My sis kena gigit (serangga laut) di tempat yang x sepatutnya, dia m'ngadu. ahaks..!

Ingatkan masa kat pangkor je hari tu ada spices takut tenggelam, rupanya ada spices yang lagi teruk, langsung x berani cecah air laut pun, tapi mau juga berIsland Hopping. Kesian... yang 2ekor lagi tu dh x berani nak terjun hampir nak semput katanya, sejuk tahap gaban kott air laut time hujan sepoi-sepoi ni. *suka hati aku je guna peri bahasa...* Nasib la aku pun tak jadi beku dalam laut masa snorkelling td. Mau kecoh serupa movie Titanic...Huhuuuiii...!!


Kan dah cakap air lautnya memang sangat bersih dan biru

Last destination di Phi Phi Island baru lah nampak ada meja buffet, muka semua orang mcm bertukar jadi pirana aku tengok. Aku je yg maintain cute tanpa make up *Nana..please la..* 

Kat sini aku nak round satu Island (balas dendam xdpt nak jalan2 di Bamboo Island td). Ni yang marah ni, kenapa lah x cakap kat Phi Phi Island ni ada small town yang boleh bershopping? Wallet aku tumpang dalam bag spices bdk takut air dan kami semua berpecah lepas kenyang td. Tinggal lah me & my sis berputih mata di Phi Phi Island.
Tengok tu, kesian tengok muka dia, x dpat nk beli t-shirt ni..








10Q 4 ur time, to be continue...

No comments: