Pages

06 June 2014

MAMEE Monster

Perjalanan selama hampir 2jam akhirnya berjaya ditamatkan ke destinasi dituju. Nasib lah aku ni bijak sikit pagi-pagi sebelum bas bergerak dah siap-siap pergi kedai mamak tapau mee goreng buat bekalan dalam perjalanan nun ke Melaka bandar bersejarah, kalau tidak ada cacing dalam perut yang meroyan kelaparan, tak pun ada jugak kawan aku yang perutnya masuk hangin kuar asap kat telingo dia, heheeee!

Ok, trip kali ni di sponsor oleh MAMEE Monster alaaaa lembaga berbulu warna biru yang menjadi legend masa zaman kanak-kanak kita dulu tu. Especially those generasi X cam aku ni lah, yang suka sangat beli junk food packaging ada muka makhluk biru gigi taring terkeluar satu. Wanted sangat dia masa tu weyy!
Sempat tersengeh minah tongah tu, orang len  muka serious dengar taklimat


Dolu-dolu tau makan je menatang ni, hari ni selepas 20 tahun baru lah dapat pendedahan yang meluas tentang jenama makanan ni. Korang mesti ingat brand ni hanya produce junk food & maggie je kan? sama lah mcm aku, ingat tu je makanan yang dia mampu lahirkan. 

MAMEE Monster telah melahirkan anak kembar yang tak seiras :)

Tak kenal maka tak cinta kan? nah bila dah sampai kat tempat pemprosesan makanan jenama ni baru la tau yang mereka juga ada produce beberapa makanan segera selain instant noodle yang biasa diketahui umum, MAMEE juga mengeluarkan produk makanan ringan lain seperti potato chips "Corntoz" dan minuman berperisa "Cheers" serta yogurt "Lite yo"


Sedap giler yougurt MAMEE ni. Nak lagi..!!
Pada taklimat kunjungan awal kami sempena hari MAMEECHEFDAY, selain pengenalan terhadap MAMEE Monster, pendedahan terhadap bahan-bahan yang digunakan di dalam penghasilan produk yang sedia terkenal dengan jenama MAMEE iaitu Instant Noodle dipertontonkan,

Mee maggie di bawah jenama MAMEE yang telah berjaya dipasarkan ke lebih 100 buah negara ini berkongsi pengalaman cara pemprosesan bermula dari penghasilan mee instant itu sendiri sehingga bahan paste seperti sedia maklum yang kita semua tahu terdapat small packet dalam setiap packaging Instant Noodle dipasaran.

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan paste (rencah) yang terdapat pada setiap bungkusan Maggie Mee MAMEE 






Ni la rupa Maggie Mee di awal pengeluarannya pada tahun 1972. Classic sangat packaging! Den pun tak lahir lagi zaman ni. Mak den pun belum tentu nak makan ni, tokak melayu la katakan. huhuu.... pandai je la aku kan, entah-entah dari dalam perut lagi dia dah sumbat aku magie ni time dia mengidam, aku yang duduk dalam peut dia dok nganga jer, tu yang suko no makan mee..heheee!!

Kilang MAMEE yang diasaskan oleh Datuk Pang Tee Chew sendiri ini, berasal dari Melaka, tu fasal kilang ni berada di Melaka. Ia juga telah bertapak selama 40 tahun dalam penghasilan makanan segera di negara ini. Ini bermakna beliau berusia lebih dari 80 tahun, namun beliau kelihatan sihat dan sudi meluangkan masa bersama kami pada lawatan kali ini. wah! hebat no!


Ni lah dia Datuk Pang Tee Chew yang sebelah tu tumpang gediz jer :)
Memanjangkan lagi perniagaan makanannya, kini MAMEE menceburi bidang penyediaan makanan pula. Oleh kerana Datuk sendiri berasal daripada keturunan Hainan yang terkenal dengan kehebatan Nasi Ayam dan Kopitiamnya, beliau menghasilkan Nasi Ayam yang unik berbentuk bebola. Tapi yang ni bukan instant Nasi ayam ya. Kalu nak try kena datang sendiri ke Cafe beliau di Jonker Walk, Melaka. 


Nasi Ayam Bebola, makan tengahari ditaja oleh Cafe MAMEE CHEF. Sedappp!!! 










Ok, dah konyang baru ada tenaga masuk contest! Pose paling creative katanya ni..

Selain sijil halal yang diperoleh dari pihak jakim, pihak mamee tidak segan silu menjemput orang awam untuk datang melihat sendiri cara pemprosessan bahan makanan mereka agar pengunjung dapat menilai sendiri bukan saja kebersihan malah penerangan tentang cara memproses makanan tersebut. 

Menurut penyelia yang bertugas disini, selain daripada kami, ada sajak kunjungan samada awam atau sekolah yang sering datang membuat lawatan setiap minggu. *That why kalau nak datang kena lah buat appointment dulu, selain untuk kebenaran masuk, idak lah nanti sia-sia je kena kalau :) Baru la exclusive! 


Kebersihan kilang dan pekerja harus mengikut standard piawaian yang ditetapkan

Pada bahagian ini, Mee yang telah dibentuk akan di cuci sebelum memasuki process penggorengan


Process packaging untuk makanan ringan MAMEE

Mee Maggie yang telah melalui proses penggorengan & pengeringan akan dipilih mengiku statandat kualiti yang ditetapkan di sini.

Yang ini pula process packaging bagi  Mee maggie Cup 
Petang itu perjalanan kami diteruskan ke Bandar Melaka untuk melihat sendiri Jonker House MAMEE yang merupakan pusat pameran, bengkel dan cafe MAMEE. 

Terletak di salah sebuah deretan kedai di Jonker walk, tersergam nama MAMEE di sini. Pengunjung akan didedahkan tentang sejarah awal kewujudan MAMEE dan segala makanan segera keluaran MAMEE juga boleh didapati disini dengan harga yang  istimewa.

Antara produk makanan segera MAMEE yang dipamerkan untuk dijual
Cafe kopitiam terletak di bagian belakang Jonker House yang menghidangkan makanan Nasi Ayam bebola dan pelbagai jenis Mee. Dengar kata Mee gorengnya antara menu yang terkenal di cafe ni. Tapi sayang masa tak mengizinkan nak mencuba. *Dek kerana kempunan, kena try gak next time ni. errr!! frust mak tau! 

Di tingkat atas kedai ni pula terletaknya workshop cara pembuatan dan pembungkusan Mee dan ruang creative khas untuk kanak-kanak. Hari tu kami semua jadi kanak-kanak mewarnakan Magiee Cup masing-masing dengan creativi sendiri. Aktiviti suka-suka!

Ruang Creative

Hasil creativi aku, nasib la masa terhad, if bagi aku duk lama skit habis penuh cup tu takde ruang warna putih aku kerjakan  :p










Ok, takkan nak bawa balik cup kosongkan?? lepas penat memerah otak design Magie Cup sendiri, nah pilihlah perisa untuk Maggie Cup masing-masing. Tapi pilihan hanya 4 perasa saja yang dibenarkan tau. All is free!





Oh ya! di tingkat atas ni juga terdapat muzium pameran sepanjang penubuhan MAMEE, malangnya muzium masih lagi ditutup berikutan kerja-kerja menaiktaraf masih lagi dilakukan. Rasanya muzium tu kat tingkat paling atas sekali. Next time datang makan Mee & visit Muzium MAMEE.

Sesi petang tu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada contester, *ingatkan mereka sebut nama aku sebagai pemenang, rupanya orang lain yang nama seakan bunyi sama ngan nama aku. cehhh!!!  



Sebelum balik semua berselfie dan sebut lapar nak makan "Magieee Cuuuuup!!"


Yang ni makhluk berbulu warna cekelat, tak sama tau.






https://www.facebook.com/mymameechef


10Q 4ur time, dah rasa cam ambil scroll MAMEE,
padahal ambil chopstick je kott. heheeee.....

No comments: