Pages

12 June 2013

Krabi: New Year Nite

Seawal jam 5.00 petang pantai Ao nang sudah mula dikerumuni oleh orang ramai yang kebanyakkannya terdiri daripada pelancong luar dan juga penduduk tempatan. Pada petang malam New Year hari tu, kami juga tidak ketinggalan menyibukkan diri masing-masing lepak di pantai Ao nang. Harus tidak ketinggalan!





Aku yang seperti kebiasaan dinner pada pukul 6.00pm terpaksa menahan lapar perut sbb kat pantai ni xde kedai makan or stall2 comel yang jual snack, cuma ada deretan bar untuk si kaki tonggang. Kami terpaksa jalan few kilometer untuk mencari makanan, kerana takutkan port kami tadi dirembat orang, terpaksa tinggalkan seorg rakan sebagai marking. Jangan dia yang kena rembat jap lg sudeehhh...

Menurut kepercayaan Buddha, menyalakan Tang Lung lalu melepaskan ia terbang ke langit mengikut hembusan angin laut pada malam new year melambangkan titik permulaan dalam menilai nasib & kehidupan pada tahun yang bakal ditempuhi dan ia kebiasaannya dilakukan pada sebelum hari tahun baru bermula. 



Sementara menunggu kemunculan embun pagi detik jam 12 malam, semua orang cam nak try tilik nasib dengan Tang Lung ni. Mostly semua Tang Lung yg diterbangkan ke langit pergi jauh sehingga ia hilang dari pandangan.

Dari kiri: Kak Sz, anak Norman dan Shied

Yang kureng bernasib baik Tang Lung yang dilepaskan ke udara tersangkut atas pokok, semua yang menyaksikan kejadian tu turut merasa sedih... Uittt karut tul la diaorang ni, kenapa lah nak memperjudikan nasib pada sebuah Tang Lung. Namun kejahilan mereka ni la membuatkan pemandangan awan di tepi pantai malam tu sangat indah dan meriah diterangi cahaya2 Tang Lung...

Bila Tang Lung dh terbang jauh dibawa angin laut, kelihatan seperti bintang2 yang bergemerlapan di langit hitam. Banyak santeek ooo!! *korang nampak aku x? Tang Lung yang cantik berterbangan kat blakang tu, aku la..hihihihi!!



Haaa! tu dia, malatop sudaaah... Ada lebih kurang 4 ke 5 tempat yang letopkan fireworks dari pulau2 yang berdekatan. Letupan dapat dilihat dari arah yang berbeza  pada masa yang sama rasa macam berada di pesta bunga api pun ada gak malam tu, x tau nk dongak arah mana kiri, kanan, depan, belakang semua penuh. Patutnya aku baring je atas pasir malam tu, dapat tgk keseluruhan langit terbentang luas yang di hujani fireworks, huhuuu!!!


10Q 4 ur time, Have a sweet dream!

No comments: