Pages

05 May 2013

Mari mengundi

Demam election kembali lagi, macam FiFA Word Cup lima tahun sekali dia demam. Masa ini lah macam-macam ragam manusia keluar, yang selama ni duduk diam mula bersuara & bercakap pasal politik dari yang tua sampai ke yang muda semua menyatakan pendapat masing-masing. Flash back 5 years ago, masa mula aku daftar diri kat SPR, tu pun lepas dileter dengan jayanya oleh Pn. Norsiah (mak aku la tu). Masa tu mana lah nak ambil tau pasal politik ni, zaman kegemilangan katanya. huuuu!! Sekarang pun bukan la kata tetiba jadi minat  dalam bidang kepolitikan ni, cuma sekadar ambil tahu mana yang patut jer. Nak fanatic sangat pun bukan dapat pe, kalau diaorg ada reward pada fanatic follower ke, ok gak kann. Klu setakat bagi duit poket nk buat huru hara, lupakan je lah,  buek ponek badan, bazir air liur den jo! tulis blog lagi bagus...;-P

TVC najib dari mula on peti tv sampai end jam 12am mahu dekat 1001 kali ada kot ulang tayang lagu dia ajak semua orang pergi mengundi. Aku pun sampai naik hafal kott lyric lagu dia. Tiba hari mengundi aku tak pergi pun.....bukan pasal dah naik muak dgr lagu dia kat tv tu atau aku tidak minat politik, atau x peduli untuk menentukan masa depan negara tp sbb mak aku x nampak so dia xkan b'leter kat aku, wkwkwkah... eh! bkn itu alasan konkrit aku la, sbenarnyanya demam Pesta Buku aku x reda lg, cam kn rentap tulang 4 kerat aku ni rs sakit nya:-( gila x larat nk bagun kott. Najib klu tau aku x kuar m'gundi naya kn buang negara gamaknya aku ni.  hahha!!!

Undiku adalah rahsia...aku cuba gak la memahami apa sebenarnya yg ada dalam kepala otak penyokong2 aggressive & fanatic yg melampau ni. Klu football fan tu aku phm gak la selain drp dia mmg betul gila kat bola tu, dia pn suka dok m'maki hamun, jerit2 kira cam leh lps tension la katanya tp politik ni sama gak ke?Errmm.. tp xkan la sampai sanggup putus tali pusat dgn adik beradik, sedara mara malah kengkawan kottt?? at the end ke lauut....dapat pe? sebidang tanah atau sekadar kepuasan hati? 

Bagi aku la klu betul2 nk berjuang dan memperjuangkan kan pn biar la pada saluran yg tepat kalau setakat nk jadi pak pacak, pelakon tambahan yg menerima byran x seberapa tu, lupakan je la, yg rugi, yg penat, yg letih, yg ilang kawan dan sedara mara tu diri sendiri yg menanggung. Org yg paling bertuah adalah orang yg disokong, dia dpt peminat, kuasa dan harta. Ekau dpt jang??

Semua orang mengharapkan seorang pemimpin yg jujur, amanah, berdedikasi, bla..bla..bla..namun kt juga harus ingat mereka bkn malaikat yg tidak akan buat silap, pemimpin yg bakal kita pilih juga bkn malaikat pasti juga akan ada kesilapan dan cacat celanya di mana-mana. Lumrah manusia biasa seperti kita pasti tidak lari dari membuat kesilapan, manusia mudah lupa bila berada di atas dan sering alpha dengan kuasa yang dimiliki sehingga lah tuhan mengujinya atau m'hukumnya. Apa yg kita perlukan adalah seorg pemimpin yg boleh menjaga, mentadbir dan memimpin negara ke arah yg lebih baik dan maju.

Hanya satu saja tanah melayu yg wujud dlm peta dunia yg bersize agak comel. Sekiranya tanah melayu yg dikatakan telah merdeka ni diperintah oleh bangsa yg bukan melayu, nama Malaysia mungkin tidak akan wujud lagi. Bayangkan bangsa melayu merempat ditanah sendiri seperti apa yang berlaku negara palestine. Sedih tau!!

Kenapa melayu harus berpecah?? bangsa lain pasti bertepuk tangan gembira sbb diaorang boleh ambil kesempatan ini untuk menakluki negara. As for me x kisah la parti apa pn yg ada bertanding lihat la pada kualiti yg mereka ada sebagai pemimpin negara dan yang paling penting dia adalah Bangsa Melayu yg patriotic. Kita xleh nk ikut mcm US di mana black people dh mula jd president, kita ni duduk di Asia yg mana pengaruh  raciest masih lagi kuat seperti mana  kuatnya orang asia m'gekalkan adat & budaya mereka. 

Renung-renungkan lah......*sambil angkat tangan dari kiri ke kanan*















10Q 4 ur time, Hv a wonderful day!

No comments: