Pages

13 January 2014

Bangkok: Chatuchak Weekend Market


Besar bangat kot pasar Chatuchak ni. Plan awal half day je kat sini sebab nak pergi tempat lain pula masa memang cipu-ciput alam je. Kalau tak ikut schedule memang banyak lagi tempat tak dapat nak visit.

Half day memang tak cukup weyy nak habiskan jalan ke semua section dalam Chatuchak Market ni. Tak caya korang tengok plan keseluruhan pasar ni:-





















Ha.. besarkan? Market ni buka pada hujung minggu je pula tu, kalau datang hari lain memang tak jumpa. Tak pun kena tunggu next weekend kalu nak repeat datang sini. Memang tak la kannn

Sedikit info tentang Chatuchak Weekend Market ni:-
Address:Kamphaeng Phet 2 Road, Chatuchak , Bangkok , Thailand
Lokasi: Pasar Chatuchak bersebelahan dengan stesen KamphaengPhet di Blue Line MRT, atau kira-kira berjalan kaki 5 minit dari stesen Mo Chit BTS Skytrain Sukhumvit Line dan stesen MRT yang lain, Chatuchak Park dan BMTA .
Tarikh pembukaan : 1982
Waktu Operasi: 8.00am - 6.00pm pada hari Sabtu & Ahad sahaja.
Jumlah kedai : 15,000
Bilangan Section: 27

Chatuchak (Jatujak) merupakan pasar hujung minggu di Bangkok terbesar di Thailand juga terbesar di dunia. Sinonim dengan nama commercialnya pasar JJ, ia meliputi keluasan lebih 35 ekar (0.14 km²) . 

Setiap hujung minggu dianggarkan pasar Chatuchak menerima lebih kurang 200,000 pelawat. 

Terdapat pelbagai produk termasuk barangan rumah , pakaian , kraftangan Thai, koleksi artistic, makanan, dan binatang peliharaan. Pendek kata cakap apa sahaja ada dijual disini. Penghantaran barangan ke luar negara juga ada disediakan di sini. Dengar cerita ramai pelancong datang ke sini mencari serbuk tea untuk diperdagangkan. 

Accessories phone yang sangat membling, nasib aku tak borong semua 

What your style? name it semua ada kat sni. Mau tak juling biji mataku

Ni sebahagian makanan yang ada, nak try yang lain takut tak halal

Tak tau napa suka sangat dengan hat ni, maybe sebab ada banyak pilihan dan color kott

I love candle! masuk je stall ni semerbak bau tenangkan jiwa sangat, rasa tak mau balik lah..

Barangan kulit pun hado, pilih lah mana nak

Lorong-lorong stall kat sini tak pernah lekang dek orang

Traditional Thai Craft. Not to bad!

Women Accessories, yang pelik-pelik pun banyak

Shopping untuk anak katanya

Hai, abang ni comel la..

Tertarik dengan toy's signage ni

Aku gile boxes!

Setakat hari ni belum giler lagi nampak slipar :p

Comel lak nengok ni
Ni semua sebahagian je yang sempat kami jengah dah nak rush pergi tempat lain pula, memang tak sempat dan tak puas meronda dalam tu. Sempat beli barang sikit je sebab dah pening tak tau nak pilih, banyak sangat pilihan. Terkilan juga tak sempat singgah kat artistic section, dapat tengok sekali lalu je :(

Market terbesar in the world katanya confirm kena 3 hari, 3 malam baru habis pusing ni. 
Panjang umo datang lagi shopping sampai lebam.


10Q 4ur time,
Jom next stop is Temple Tour.

No comments: