Jabal Rahmah adalah satu tempat yang sangat terkenal dalam sejarah Islam. Muslimin muslimah sedia maklum di sinilah pertemuan adam & hawa, tempat suci pertemuan dua insan dalam sejarah kejadian manusia. Maka ramailah anak-anak adam datang ke tempat keramat ini untuk berdoa untuk mendapatkan rahmat agar dieratkan kasih sayang dan dipertemukan jodoh seperti mana Allah menemukan jodoh adam & hawa.
Permukaan Bukit Jabal Rahmah yang berbatu bata serta tidak terlalu tinggi mahu pun curam, membuatkan bukit ini mudah saja ditawan oleh sesiapa saja malahan orang tua sakit lutut pun boleh mendaki dengan jayanya. Jabal Rahmah merupakan destinasi wajib dilawati oleh setiap insan yang pernah menjejak kaki di tanah suci Allah ini. Si ibu mendoakan anak-anak, anak doakan pasangan, isteri mendoakan suami, si suami doa apa? yang itu tuhan je yang tahu, jangan dia doa minta kawin satu lagi sudahh.

Turun je bukit Jabal Rahmah, aku terus naik ke dalam bus yang membawa rombongan kami ke sini. Tempat duduk aku sebelah mak ada orang duduk pula, punyalah rancak makcik ni berbual ngan mak. errrmm kalau dah berjumpa gang tu kannn..aku pun dia dah lupa anak sapa, cheehhh.. tak pasal-pasal aku juga kena mengalah pergi ke belakang mencari tempat duduk yang lain.
Tengah aku dok membelek pic dalam iphone, tetiba ada satu suara menegur aku, "cantik la awak ambil semua gambar tu". Aku menoleh kebelakang mencari arah suara tu. Nak je aku jawab "oo skodeng yea..??" tapi aku hanya mampu tersenyum jer. Kami sambung berbual sementara driver bus bawa kami ke destinasi yang seterusnya.
Lawatan diteruskan ke Ladang Unta, Padang Pasir, Bukit Magnet dan tempat sejarah yang lainnya di tanah Arab ni. Serancak mak berborak begitu gak lak rancaknya kami berbual juga. Seronok gak ada kenalan baru di sini. Walau pun bukan penduduk tempatan sekurangnya boleh berkongsi pendapat & pengalaman.
Terdetik juga sejenak dalam hati, takkan lah ni jodoh aku kott? baru je berdoa terus dapat macam pelik sangat pulak. Apatah lagi kami berlainan mazhab, tu yang buat aku jadi lagi pelik sekiranya dia dikatakan jodoh aku. Bukan tak pernah berkawan dengan orang yang berbeza agama ni tapi... isshh!!! pelik sangat lah kalau yang macam gini gayanya.

Apa pun my positif think is yang penting adalah silaturrahim. Setidaknya aku dapat mengenali dan meneroka dunia mereka yang bermazhab syiah dan boleh dikongsikan bersama.
Aku ngan mak sama ke péelnya suka sangat menginterview orang, hahaaaa..!! tapi kali ni aku biarkan je mak yang interview, nampak macam dia yang over excited nak tahu semua benda, u go girl..!!! heheeeee..
Menurutnya, golongan syiah mempunyai caranya tersendiri dalam bersolat & berselawat, contohnya mereka akan solat 2 waktu dalam 1 masa, zohor+asar / maghrib+isyak, ia sama seperti kita melakukan solat jamak, tapi golongan syiah ini mereka lakukannya setiap hari manakala bacaan mereka juga agak berlainan daripada yang biasa kita baca dalam solat dan yang paling pelik lagi adalah cara mereka bersolat adalah dengan meletakkan tangan di sisi tidak seperti biasa yang kita lakukan ketika bersolat.
Ketika solat juga mereka juga akan meletakkan satu objek yang diperbuat daripada tanah dan telah siap dibentuk seperti ketulan batu dengan ukiran beberapa tulisan arab di hadapan. Ini bertujuan bagi memastikan dahi menyentuh objek ini ketika sedang bersujud. Manusia yang dihasilkan daripada tanah, harus bersujud diatas tanah juga ketika menyembah yang maha Esa, penggunaan sejadah adalah tidak wajar katanya. Berkerut gak dahi aku dengar ni, sebab bagi aku pula penggunaan sejadah adalah sangat wajar bagi melindungi diri dari habuk dan kotoran terutamanya ketika bersujud.

| Antara ketulan batu yang diperbuat daripada tanah |
Another one more thing yang aku nak share is mereka ni tak join solat Jumaat dan solat tarawih. ermm.. Manakala bacaan selawatnya pula berbunyi seperti ini “Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ali Muhammad”. ini kerana mereka ini tidak percayakan sahabat-sahabat nabi tapi percaya ahli keluarga nabi Muhammad S.A.W sahaja.
Bab pemakanan pula, mereka tidak makan kebanyakan makanan laut seperti siput sedut, sotong, ketam, kerang dan ikan pari, bagi mereka semua seafood yang dinyatakan tadi adalah kotor kerana mereka hidup dalam lumpur, manakala sotong pula mengandungi racun.
Nikah muta’ah (Kawin kontrak) Haa.. ni bab yang paling best aku nak cerita ni. Tanpa perlu ada yang menyaksikan lafaz nikah (saksi) mahu pun wali, cukup sekadar lafaz suka sama suka sesama sendiri je dah boleh on. Begitu juga sebaliknya ketika mahu lafaz cerai. Perlu melalui proses perbicaraan & kaunseling. Cukup sekadar dengan lafaz cerai. Macam beli ikan kat pasar bisik jer bunyi dier kann??

Maka dengan ini telah pun rasmi aku jadi milik dia katanya. What!!?? Wowowo.. tunggu jap! ni bila lak aku setuju merelakan hubungan sumbang muharam ni? Kat tempat suci, tanah suci ni, sekiranya itu cara mereka menghalalkan sesuatu yang aku rasa cam haram jer dalam pengiraan logik akal aku, memang tak lah kann!! Bagi aku masa study dulu no..
Menurut katanya lagi, dalam tempoh muta’ah si isteri kontrak ni tidak dibenarkan berhubungan dengan lelaki lain dan dalam masa yang sama si suami kontrak pula ada hak untuk bernikah dengan mana-mana perempuan lain.
Bab yang ini lagi lah membuatkan aku rasa cam tersentap melonjak terus kepada 1001% kepelikan dan timbul pula beribu persoalan serta perasaan teraniaya pula jadi kaum wanita syiah. Kemain adilnya sistem mereka ni, nikah kontrak je pun..
Pendapat peribadi aku lah kan, walau pun islam tidak melarang atau jatuh kafir kepada mana-mana penganut mazhab selagi ia berlandaskan kepada hukum syarak. Namun bila dikaji mazhab yang satu ini macam dah tak relevant nk diadaptasikan kepada kehidupan akhir zaman ni. Apatah lagi mazhab ini juga telah dicemari oleh orang kafir yang berpura-pura menganut islam dan cuba mengubah serta mempengaruhi pengikutnya melalui mazhab ini dari awal kewujudannya. Buktinya dalam mazhab ni je ada tiga cabang yang berbeza pahaman penganutnya. mana satu yang betul da? Pening lagi confused.
Segalanya terungkap selepas aku buat siasatan dan terbaca satu artikel dalam link blog ni http://hazis.wordpress.com/2013/08/17/kenapa-syiah-berpusat-di-iran/ tentang asal usul penganut mazhab ini.
Syukur Alhamdulillah dengan izin nya aku tak terjerat dalam kancah ini.

10Q 4 ur time, terima Kasih Allah..

No comments:
Post a Comment