Pages

21 April 2014

Mecca: Syiah - Sunni mengapa perlu bertelagah?

Azan ishak berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat isyak yang terakhir wajib dilakukan untuk hari itu. Seluruh penghuni Kota Mekah memanjangkan kaki ke Masjid Al-Haram untuk menunaikan solat yang mana pahalanya jauh banyak berbanding menunaikan solat di tempat lain di tanah haram ini. (Tanah haram bermaksud ia haram di jejak oleh orang kafir)

Mereka yang dapat hadir ke bumi Mekah ini merupakan tetamu Allah yang maha Esa, hanya dengan izin nya saja kita dapat menjejakkan kaki disini. Syukur alhamdulillah aku merupakan salah seorang jemputannya. Rugi sangat rasanya kalau dah dapat invitation tapi tak luangkan masa bersama dirumahnya yang tersergam Indah di tengah kota Mekah ini.

Berbeza pula pendapatnya pula dengan mazhab yang satu ini, bagi mereka tidak perlu sebenarnya menunaikan solat di Masjidilharam. 

Maka bermulalah satu episode debate antara sunny & syiah di satu sudut lobby hotel yang berhampiran Masjidil Haram (nama hotel tak ingat). 

*Kemain nak berdebate bagai aku ni ngan orang yg lebih tua pula tu. Bukan lah debate sangat pun sebenarnya, dengan cara ni atleast leh bertukar pendapat dan pandangan :)

Aku ni bab agama idak lah terror sangat macam bapa aku tapi alhamdulillah sehingga sekarang aku masih yakin & percaya pada Islam agamaku. Walaupun aku tak berapa nak warak sangat dan selalu juga tertinggal solat tapi aku sangat berterima kasih & bersyukur kerana dia masih sudi mendengar rintihanku selama ini. Insyallah setiap hari berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam sebagai tanda kesyukuran kepadanya.

Sebagai seorang yang wide minded & banyak bergaul dengan bermacam jenis manusia. Biasa gak aku dengar orang dok complain pasal Islam & penganutnya, yang tidak puas hati, yang mengutuk. Even though my ex fiance pun banyak mempersoalkan tentang Islam, begitulah ragamnya bila tak kenal, maka tak cinta. Alhamdulillah akhirnya dia memeluk Islam cuma jodoh kami tak panjang :(

Kali ini berbeza sikit kisahnya, syiah masih lagi ajaran Islam tinggal lagi berbeza mazhabnya. Perkenalan singkat dengan Tuan Hj. Mustapha (bukan nama sebenar)  merupakan salah seorang penganut syiah yang disegani, dia banyak mendedahkan aku kepada dunia syiah dan fahamannya. Wujudnya jurang perbezaan ini adalah berpunca daripada masalah politik dalaman setelah kematian Nabi Mohammad S.A.W kesayangan seluruh umat islam dan para sahabatnya.

Menurut Tuan Haji lagi, syiah yang kononnya pengikut sebenar ajaran Islam dari keturunan Nabi Muhammad yang bangkit memperjuangkan Islam yang sebenar yang selama ini telah dikhianati & dianiaya oleh para sahabat Nabi sendiri yang tamakkan pangkat & darjat kepada kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W

Ketegangan ini berterusan dan diserapkan terus menerus sehingga ke anak cucu mereka dan seluruh penganutnya sehingga hari ini juga mereka masih mempertahankan hak tersebut dan sanggup bermatian perjuangkan fahaman ini. Bagi mereka pengikut Sunni Islam yang diterajui oleh para sahabat Nabi adalah musuh dan mereka hanya percayakan keluarga Nabi 
Muhammad S.A.W shaja.

Sekarang baru la aku paham kenapa di kebanyakan negara Arab, mereka suka bergaduh & berperang sesama sendiri sehingga ada yang sanggup berkomplot dengan orang kafir dan akhirnya Islam di cap sebagai agama yang kejam dan penganut yang ganas hanya disebabkan perbezaan fahaman ini.

Mengikuti mana-mana mazhab dalam Islam tidak salah namun sekiranya ikutan mazhab tersebut terlalu memuja lebih dari memuja penciptanya sendiri seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pengikut syiah yang terlalu memuja Siti Fatimah Az Zahra 
r.a  anak bongsu kesayangan nabi hasil daripada isteri pertama nabi yang bernama  Siti Khadijah dan Sayyidina Ali r.a (prajurit utama Islam yang terkenal) merangkap suami kepada anak beliau serta orang kanan kepercayaan Nabi Muhammad S.A.W. Lebih details tentang pergolakan dalaman ini : http://syiahahlulbait.wordpress.com/2012/11/02/analisis-riwayat-fadak-antara-sayyidah-fatimah-a-s-dan-abu-bakar/

Islam mengajar kita untuk bermaafan karana setiap manusia itu tidak sempurna dan perlu belajar daripada kesilapan. Sejarah lampau juga ada mencatatkan bagaimana kesilapan serta perselisihan faham yang dilakukan oleh orang terdahulu, adalah menjadi tugas kita new generation ni mengkaji dan memperbaiki segala kealpaan yang tersurat dan tersirat pada sejarah lalu.


Manusia yang hidup dibumi Allah ini hanya sementara dan tidak kekal kerana itu disarankan kita manghabakan diri dan menjadi manusia yang lebih baik sebagai bekalan kepada kehidupan yang kekal diakhirat sana nanti. Tidak kira lah apa bangsa, penganut serta kepercayaan sekali pun tidak ada satu agama pun yang mengajak manusia berbuat kejahatan. Kita boleh berkompromi kepada penganut agama lain untuk menjalani kehidupan dengan cara dan kepercayaan masing-masing, mengapa kita tidak boleh bertolak ansur sesama umat islam sendiri? hanya kerana perbezaan yang kepercayaan yang tidak seberapa ini dijadikan alasan untuk bermusuh sesama sendiri.

Walau apa pun mazhab ajaran islam di dunia ni, kan lebih baik kita jalankan saja aliran agama masing-masing Sunni atau Syiah yang nyata kita mempunyai 1 tuhan (Allah) dan 1 kitab (Al-quran) yang menjadi petunjuk kepada seluruh umatnya. Insyaallah kebenarannya kelak kita akan tahu nanti, apa yang penting, jangan lari dari al-quran dan hadist Allah swt serta rasulullah saw.

Bila Islam tidak bersatu, tidak sepakat, tidak dapat bertolak ansur. Bom! sana sini, mulalah pandangan negatif orang kafir terhadap Islam. Malah kafir yang sememangnya musuh Islam pasti bersorak tepuk tangan melihat perpecahan umat Islam. Memudahkan lagi bagi mereka memainkan peranan, menjadi gunting dalam lipatan, talam dua muka dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Islam merupakan agama suci yang membimbing manusia kearah kehidupan yang lebih bertamadun dimuka bumi ini.



10Q 4 ur time, think twice!

No comments: