Pages

23 April 2014

Sexytary ;-)

Dolu-dolu aku budak graphic, memang suka benda-benda yang berkaitan dengan kesenian ni. Lepas grad, kuar jadi mahluk lain lak aku ni. Nampaknya rezeki aku dalam career secretary & p.a ni lebih menonjol dari yang lain, nak uat canner tuhan nak bagi rezeki kearah ni. Have to accept and learn about it lah.

Seriously memang kerja ni memerlukan tahap kefocusan yang sangat tinggi dalam apa jua tugasan harian yang dilakukan antaranya seperti berikut:

1) Setiap perbualan manusia: 
Manic monday, pandang muka org tapi leh tertembus kat tempat lain. canner tu??

2) Catatan note ringkas:
Ku akui my hand writing memang hodoh lagi buruk, note yang aku tulis pun kekadang aku sendiri tak dapat nak baca semula tulisan tu. sighh**

3) Fake:
Biasa ni buat suara lembut, ala-ala primadona, padahal suara aku high pitch nyaring nak mampos.

4) Depan computer supaya tak tersalah either replying or sending email:
Setakat ni belum lagi lah tersilap send gambar yang pelik-pelik. hehee..

5) Multi task:
Setiap tugasan yang perlu diselesaikan hari tu aku kena note & bahagikan masa. If not yang lain memang tak terbuat la jawabnya

6) Surat:
Tugasan yang penting as a secretary yang berjaya & bergaya. Kena pastikan setiap surat tiada kesalahan ejaan, grammar, past & present tense. 

Bayangkan hari itu adalah hari Isnin minggu pertama bekerja, dengan muka yang sangat blur, kepala otak masih ingat bantal atas katil. Oh tidak! 

Kesemua yang tersenarai tu insyallah la tapi no.6 tu untuk menjadi yang berjaya & bergaya tu aku masih perlukan kefocusan tahap dewa ni. Come on la, aku budak graphic kott. Mata aku ni dah terlatih hanya memandang warna dan imej-imej yang outstanding je hokayy. 

Untuk mencari kesalahan ejaan pada huruf-huruf di barisan ayat-ayat yang rata-rata berwarna hitam jer, susunan block-block ayat yang mendatar tak ada turun naik or warna-warni pada helaian kertas putih. Errr!! bosan mata aku tengok kott, manalah nak perasan kan? tupasal baca buku jap dah terlolap. heheeee..

Kebiasaannya aku mencari jalan penyelesaian isu-isu berbangkit dalaman company, lah ni sambil minum milo tarik sendiri, tenangkan jiwa aku cari solution masalah aku yang paling kritikal ni. Tadaaa! hasilnya aku jumpa software ni Dewan Pro. Software ni memang superb! banyak bantu aku selesaikan masalah ejaan in BM & B.I + bonus dia leh bagitau aku perkataan yang sesuai untuk digunakan pada ayat-ayat tertentu.




10Q Dewan Pro, you're the best!

No comments: