Then my brain start running & asking, ye ke semua orang??. I meant bukan lah bermaksud akan mengalami bad memories ke pe, cuma aku rasa sama je kott as a normal trip pergi travel kat mana-mana je. Ye la, kebanyakan orang pergi sana, motif untuk beribadah dan menghambakan diri pada pencipta kita kann.
Seperti yang aku jangkakan hari-hari yang ku lalui ketika di Kota Mekah sama saja seperti makhluk lain yang datang ke sini. Melakukan rutin harian yang biasa dengan schedule aktiviti ibadah yang telah ditetapkan oleh travel agent.
Masa ni terdetik juga dalam hati, apakah kenangan manis yang bakal aku alami di sini agaknya ya? segalanya kelihatan seperti biasa-biasa je bagi aku. Ermm.. mungkin bukan bahagian aku kott. aku pun bukan la baik sangat pun, banyak gak dosa aku lakukan sebelum ni yang aku bawa nak bersihkan kat sini. Siapa lah aku nak demand lebih-lebih kann. *Sepak laju-laju baru tau Nana ni... Aku datang sini tak kena panah petir pun dah cukup bersyukur.
Tapi seriously i tell u, tuhan tu sangat adil, pemurah, mengasihani, mulia, penyayang dia lah tuhan yang maha agung di alam semesta ini, especially pada hambanya yang betul ikhlas dan jujur padanya. This is base on my experience dan apa yang aku rasa lah.
Ok berbalik pada cerita my best experience ever kat sini, segalanya bermula setelah mengenali seorang. Aku rasa Allah telah mendengar apa yang terdetik dalam hati dan fikiran aku then dia telah menghantar seseorang kepadaku. Hamba Allah yang berhati mulia ni, telah berhijrah hampir 10 kali ke Kota Mekah ni. Masyallah pasti banyak pengalamannya di sini. Walaupun pada zahirnya kami berbeza mazhab (Syiah-Sunny) tapi keikhlasannya berkongsi pengalamannya adalah sangat unik & istimewa bagi aku.
Hamba Allah ini juga telah mempelawa kami (aku & mak) pergi hiking. Ha! cam best je bunyinya kann? hiking di Kota Mekah, canner tu?? Memang tak pernah terlintas, apatah lagi masuk dalam schedule extra aktiviti kami selain teman mak pergi shopping sampai tak tau nak beli apa dah.
Petang tu gak aku ajak mak pergi shopping beli sport shoes. Excited giler kott aku, mana taknya sepanjang berada sini, inilah kali pertama aku dapat pergi beriadah ke tempat yang agak trill selain aktiviti lawatan berkumpulan dan menshopping. yeah, yaehh!!
Hamba Allah yang baik hati bersama rakannya yang telah lama bermastautin di sini telah bersiap sedia menunggu di kaki bukit Gua Hira. Berada di kaki bukitnya saja pun dah nampak unik sangat kawasan sekitarnya, tu yang buat aku berkobar-kobar nak sampai ke puncak bersejarah tempat persembunyian Nabi kita S.A.W ketika diburu musuh suatu ketika dahulu.
Terkedu jap bila nampak puncak Gua Hira dari kaki bukit, boleh ke nak sampai atas tu? cam mustahil je. Nampak cam tinggi dan jauh jer. Mak awal lagi dah surrender tak mahu teruskan. Alang-alang dah sampai takkan nak duk tengok je kan? aku ngan hamba Allah punya menghasut, pleased mak untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya mak setuju :)
Agak ramai juga yang seangkatan dengan kami bercita-cita untuk menawan puncak Gua Hira. Orang tua berbekalkan tongkat je pun leh sampai kat atas tu, apatah lagi kami yang sihat ni isyallah.. Sebenarnya aktiviti ini sangat tidak digalakkan kepada mana-mana travel tour kerana kebiasaannya visitor adalah terdiri daripada warga tua jadi agak merbahaya kepada yang kurang ada stamina seperti golongan ini.
Permukaan lereng bukit sangat berbatu-bata tapi tidak lah terlalu curam macam bukit Broga kat semenyih tu dan terdapat banyak bekas laluan berjalan kaki yang disediakan oleh pendaki Gua Hira sebelum ini, memudahkan lagi perjalanan visitor cam kitaorang ni.
![]() |
| Kanan: View dari atas lereng bukit | Kiri: Tempat persembunyian Nabi S.A.W |
![]() |
| View Masjidilharam dari puncak Gua Hira |

Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan untuk menikmati keindahan mu yang satu ini. Touching sangat..!!
10Q ma, for your company.
Happy mothers day...
Happy mothers day...




No comments:
Post a Comment