Pages

03 August 2014

Sering tersalah pilih Career?

Biasa kan dengar statement bunyi camni: "masa study dulu ambil cost lain, bila dah grad keluar uni kerja langsung tak de kaitan dengan pelajaran masa study dulu. Contohnya ramai je student my badge termasuk la aku ni mengharungi situasi yang sama..... Hahahaaa sama-sama kantoi!! 


Kalau ada pun adalah dalam 10% je kot yg masih meneruskan perjuangan study & belajar in the same cost. Taniah pada mereka yang masih setia walau bagai mendatang masih utuh tetap dengan minat itu.

Well, takkan nak salahkan minat kot?? kalau tak pernah minat mana mungkin leh tersadai dalam class tu kan? bermula dari minat tu lah semuanya terjadi. .. yang peliknya bila dah habis belajar terus jadi tak minat. Aku rasalahkan minat yang datang tu di awal-awal penglibatan tu sekadar terpengaruh dengan perasaan ingin mencuba benda-benda yang kita lihat menarik depan mata. Almaklumlah, zaman remaja kan ala-ala baru nak kenal dunia, semua benda nak try. Benda yang paling best leh try adalah menda yang hampir dengan kita iaitu MINAT.

Dek kerana terpengaruh, tertipu dengan pandangn mata yang selalu melihat benda-banda yang indah, bila dah terlibat dan mendapat pendedahan yang sebenar, terus jadi cam turn off. Damn!!


Susahkan hidup tanpa guide, mana pergi semua orang 18sx? yang lebih tahu, lebih lama hidup dan berpengalaman dari kita kononnya? Kalau ada pun sibuk dengan dunia diaorang kan? Kesian ....

Derr past is past la, malas pikirkan sakit otak kott.. belajar melalui pengalaman tapi lambat skit la sebab kena harungi semua tu dulu. Tapi semua pengalaman tu lah yang menjadikan kita lebih matang. Jangan tak tahu ada gak yang masih minat tapi masih tak ada rezeki kerjaya ke arah cost yang dia belajar di College/Uni dulu. 

What to do hidup kena teruskan gak derr, nak layan rasa keciwa, memang tak makan la ko kannn..Percaya pada rezeki tuhan tu ada di mana saja, dalam apa cara sekali pun dia akan datang, yang penting usaha.

Sebagai orang yang when through all this experience aku tak rasa rugi pun belajar tinggi pastu keluar uni kerja bidang lain. Untunglah ada keje, ada org keluar uni masih juga dapat peluang keje lagi parah keluar Uni tak jadi orang. huhuuuu .. Kalau jadi kucing leh gak dibelai-belai :D


Ada orang nak belai saya tak?

Tipu sangat la kalau takde rasa macam sia-sia je belajar, bila kaluar uni keje takde kena mengena pun. Tu perasaan mula-mula masa lum matang dulu tapi bila dah keje, dah lalui macam-macam benda buat jadi matang dan mula terfikir... Sebenarnya sangat lah tak rugi pun kalau kita belajar dan mencari ilmu sampai negara china sekali pun. ehh! tak moh la ke China tukar Oxford baru la...heheee!!

Kerana prosess pembelajaran itu sendiri akan mendidik kita untuk menjadi seorang yang tahu bagaiman untuk menguruskan masa, mengajar kita untuk berfikir, menyelesaikan masalah, menyesuaikan diri, bina kayakinan dan yang paling penting beri kesedaran bahawa ilmu itu sangat penting dalam apa jua benda yang kita nak buat.

Sapa kata lepas habis Uni kita tak perlu belajar lagi? Ilmu tu takkan pernah akan habis dan manusia ni perlu belajar selagi masih ada nafas, tu kalau nak terus survive hidup. Satu benda yang aku pegang ialah "Life is all about fighting" kata orang putih. Kalau dah putus Harapan nak hidup tu cerita lain lah..

No comments: