Pages

15 May 2013

Krabi: Ao nang Beach

Tak kisah la apa bangsa, keturunan dan agama sekali pun New Year tetap akan disambut oleh semua orang di dunia ini (bagi mereka yang masih hidup lah). Ada juga yang buat kering je x celebrate pun contohnya orang macam aku ni yang malas nak bersesak-sesak dengan keadaan jalan raya di malam New Year. Semua orang berpusu-pusu keluar town semata nk tgk letupan bunga api. Rasanya apa saja perayaan yg disambut kat Malaysia ni pasti ada acara letupan bunga api tu, idak lah rasa cam gempak sgt. Lain la bunga api yg melatop tu ada keluar gambar muka aku ke...surprise gak :-) *tinggi melangit berangan cik Nana oiii*

Perjalanan sambutan New Year aku awal tahun 2013 ari tu adalah sesuatu yang tidak dirancang dgn rapi. Kira otak seminit punya plan, anggap cam backpacker la kononnya ni. Tujuan asal adalah igin menemankan seseorang kawan yang sedang frust bercinta. Kebetulan my sis pun sedang mencari lokasi menarik untuk menenangkan jiwa kacaunya.

Memandangkan hari yang dipilih merupakan pick season sana sini, so no flight go to Krabi kay! Next option is train, kira punya kira, almost 1 1/2 day masa akan dibazirkan dalam perjalanan menaiki train dengan 90 degree free sitting, pilihan yang ada. OMG! Hilang akal nak duduk within that hours??.Big NO..NO..NO..!

Last option yg kami boleh buat adalah driving. Me, canner pun nak kuar gak dari M'sia melenyapkan diri sekejap dari kesesakkan dan hiruk pikuk KL. So let's do this!!

Jam 3am kami pun sampai di Butterworth, Penang berkenalan pula dgn Bell dan Shied (warganegara Penang) yang akan menyertai ventures kami ni. Dari sana kami menaiki van yang telah dibook oleh mereka berdua. After 7hrs 
driving  from kl, now boleh la relax tido kott, tunggu sampai Hatyai baru bangun untuk tukar van lain yang akan bawa kami ke Krabi.

Lelap x sampai 1jam, celik mata tengok penuh pulak van ni dgn mahluk-mahluk yang tidak dikenali, entah dari mana. Patut la aku rasa cam kena himpit balloon je, rupanya terpaksa berhimpit dlm van cam sardin. 3hrs more to go my sis dah mengomel start sakit pinggang katanya, almaklumlah hampir masuk 4 series with no stamina *paku dulang, paku serpih, aku lah yang lebih pun, huhuu...!!* tapi aku bijak lebih sikit la sebab bawa Bobo, tak kisah la korang nak kutuk aku cam budak tak cukup umur dok heret Bobo kemana aku pergi tapi akhirnya Bobo tu la penyelamat keadaan menyumbang kepada keselesaan walau pun tak seberapa. Saat genting camni korang jeles tengok aku menghabiskan masa bersama Bobo kann? siap buat muka x malu nk berebut Bobo ngan aku lak tu..cheehh!!!

Lega rasanya bila dah reach border, masuk Hatyai. Masing-masing berangan nak isi perut penuh2 sebelum menyambung perjalanan ke Krabi.

"Don't worry, we stop for eat later" kata si isteri driver Thai merangkap tour guide (sbb dia saja yang berkomukasi dengan kami dalam van tu) dan anak kecil lelakinya merangkap penghibur pelancong la kott. 

Percayakan mereka kami pun setuju meneruskan perjalanan ke Krabi walaupun hampir teliur tengok Pulut Mangga di pekan Hatyai yang kami lewati tadi. Stop centre la sangat kann. berhenti kat petrol pam je kot, ada lah beberapa stall yang jual makan ringan bergoreng yang tak berapa nak healthy dan tidak mengenyangkan. Nampak gaya perjalanan seterusnya akan diharungi dgn perut kosong la gamaknya. Kena lak van dikongsi dengan satu kumpulan manusia yang riuh rendah tak berhenti bercakap diselangi pula dengan suara teriak baby menangis, complete package dengan tetiba lak sistem air-cond dia rosak dipertengahan jalan. Hambik ko nk sangat gamble trip kan! Betul-betul mencabar keimanan lah, i tell u... 

5jam perjalanan Hatyai-Krabi yang huru-hara tidak berakhir begitu sahaja sesampainya kami di Ao nang Beach. Kali ini kami terpaksa menahan nafsu makan sekali lagi berikutan Hotel yang aku booking menerusi online tu sebenarnya jauh giler dari Pantai Ao nang. Kira-kira dalam 1/2 jam gak lah kalu berjalan kaki ke pantai, mau sampai pantai dah rentong dek terik matahari gamaknya. Menerusi maklumat online yang aku tgk hari tu dia kata 5 minit je berjalan kaki ke pantai. Tipah tertipu rupanya! salah aku gak, tak chek pada sumber lain, percaya bulat2 pada satu sumber je. *Hampeh tul..!!*

Nasib baik 3 beranak driver ni baik hati volunteer nak tolong kami carikan hotel yang berhampiran dengan pantai. Mungkin kesian tengok muka kami yang kepenatan dan kelaparan. Dalam keadaan sekarang ni semua hotel pasti fully book, tak pasti samada boleh dapat atau tidak tapi mereka cuba juga untuk kami. Dari satu hotel ke satu hotel mereka pergi gamble tanya, dari pangkal hingga la ke hujung pantai kami pusing ulang alik mencuba nasib. Kalau ada pun hanya tinggal satu bilik je setiap hotel. Si isteri thai tidak juga putus asa terus berusaha keluar masuk hotel bertanya, agar kami dapat duduk di hotel yang sama tidak perlu berpecah. 

Berkat usaha family ni akhirnya kami dapat juga check in di hotel yang berhampiran dengan pantai Ao nang. Alhamdulillah.... Really big thanks to them! kira mereka telah menebus ketiadaan air-cond tadi dengan usahanya la tu. Anyway kami bagi gak lah tips kat dia sebab tolong kami dapatkan tempat berteduh dekat dengan pantai Ao nang dan x perlu jadi rentung.


Finally....Krabi here i am! Sawadikap, kap kung kap...!! tu je la yang aku tau ;-p
Makan time. cacing dalam perut masing dah meraung....!!!


10Q 4 ur time, Hv a wonderful day!

No comments: