Pages

16 May 2013

Selamat pagi Cikgu....!!

Kalau tidak kerana CIKGU mungkin aku tidak menjadi orang seperti sekarang. * jadi kucing kott...* CIKGU Rohana, nama cikgu yang masih terpahat diigatan sehingga hari ini. Tidak ramai yang sukakan CIKGU Rohana kerana mukanya yang bengis dan memang dia seorang guru disiplin yang garang pun.

Apa yang menarik tentang CIKGU Rohaya adalah sikap perihatin dan kasih sayang pada pelajar-pelajarnya. Dia bising sbb mahukan pelajarnya menjadi orang yang berguna. Dia marah kerana anak muridnya degil dan takut jadi penyangak nanti. Namun sikapnya yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan dalam membantu pelajarnya mencapai kejayaan menjadikan dia seorang CIKGU yang popular. Itu luahan hatinya pada aku pada kali terakhir kami bertemu sebelum aku berpindah ke sekolah berasrama penuh.

Setiap kata-kata semangat dan perangsang yang diluahkan pada aku petang tu membuatkan aku rasa seperti dihargai. My parent's adalah orang yang sangat sibuk, kami tidak ada banyak masa diluang bersama, masa aku banyak dihabiskan di sekolah bersama rakan dan agak nakal gak lah, *nakal banyak kottt...* tu pasal selalu kena mengadap CIKGU Rohana. Akhirnya kami menjadi akrab dan m'anggap dia macam ibu sendiri. 

Setelah berada di Asrama penuh kami lost contact berikutan dia pun telah berpindah ke sekolah lain. Pernah juga aku cuba mencarinya namun usaha aku gagal. *Zaman dulu xde H/phone* Hari ini kalu dia masih hidup dan aku berpeluang berjumpa dengannya, ia akan menjadi saat yang paling indah dalam hidupku. Mau 7 hari, 7 malam pun belum tentu kami habis bersembang.


Selamat Hari Guru CIKGU Rohana...I love u!!!




10Q 4 ur time, Terima kasih CIKGU!

No comments: