Pages

07 September 2013

Open House + House Warming

Menu? siap!. List? siap!. Bahan-Bahan? siap!. periuk belanga? ready!. Dapur are you ready??? dapur pun menjawab, "Saya tidak ke mana, selalu saja di sini bukk.." Hahaaa kuat mak berimaginasi kannn!

Buat julung kalinya selama aku berpindah randah, ini lah kali pertama aku jemput kengkawan datang rumah sambil menikmati hasil air jari jemariku.. haambik ko lepas ni ingat kat aku sampai akhir hayat.. huhuuuu!!

Idea datang from my sis la, actually dari last year lagi kita orang plan nak buat gathering ni. Tapi masa tu our place macam tak berapa nak best dengan layout kitchennya yang aku tak berapa nak berkenan sangat but if nak compare dengan new place ni pun, Seri Kembangan tu lagi besar square foot tapi entahlah, aku rasa cam tak strategic jer kitchen dia. Tu yang aku cam tak ada keghairahan nak memasak. Nak masak ni pun kena ada mood gak tau. Baru lah mengalir aura kasih sayang tu dalam masakan.

The best part is orang lain pikir sibuk nak shopping raya kita orang ni sibuk lak pikir nak pindah rumah. Ala-ala menentang arus giteww terror kannn hahahaaa... dipendek cerita raya tahun ini memang tak ada feel langsung sebab tak dapat nak bershopping. Budgetku lari gara-gara mencari tempat untuk berteduh *sedih pulak ayat aku ini.... Mesti korang tertanya-tanyakan asal gelojoh sangat nak pindah umah ni? tak leh tunggu lepas raya ke? kan lebih bertenang-tenang ... haa tu lah dia, sangat panjang ceritanya nak hurai kan satu per satu, mau 7 hari, 7 malam pun tak habis nak story ni.

Well dipendekkan lagi ceritanya, we have to...sebab dah tak larat nak ulang-alik Seri Kembangan-KL is about 40km/day setakat.... but think about the journey that we have to face everyday bangun pagi seawal jam 6am, breakfast dengan kesesakan lalu lintas, kelaparan dan tekanan. Pada sebelah petangnya pula KL-Seri Kembangan, sekali lagi terpaksa mengharungi perasaan yang sama. Setiap hari kehidupan aku adalah the amazing race... selain fizikal yang kental kekuatan mental juga harus tegar ya...fuuuhhh!! Aku yang dulu.. bukan lah yang sekarang..dulu hidupku susah..sekarang alhamdullillah..... kannn dah tetiba terpancul lagu tegar, berputar dalam otakku, so aku pun type jer kat sini ..boleh gitewww

Final touch up 
Melalut sudah aku ni, apa benda aku nak crita tadi? Oh ya! open house diteratak baruku. Tell u what, penat mengemas rumah belum habis, ditambah pula dgn rancangan masak memasak, ala-ala hell kitchen giteww rasanya..... bila kukenang semula rasa macam kurang percaya pula kami berdua dapat menyiapkan 10 dishes dengan hanya mengunakan 1 induction cooker (al maklumlah dapur bujang je yang ada pun, jarang masak pula tu) tapi memang challenging lah i tell u..! Riuh rendah, terjerit, melalak, menyanyi, bergaduh, ketawa semua ada masa tu, kena lak my sis yang cepat gelabah tu, asyik pikir takut tak sempat, takut makanan tak ckp, semua lengkap satu package kerisauan dia. Itu lah dia sis kesayangku yang ada pun... Honestly aku pun cuak gak sebenarnya, 1st time kann... tapi eksenn buat-buat cool jer, haruslah kann kalau dua-dua pun gelabah apa pun tak jadi nanti hahaa..

Alhamdulillah ... berkat kepakaranku yang tak seberapa, hasil ilmu yang dah berkarat tidak diasah sekian lama, akhirnya menjadi gak.. malu lah kalau fail, kata top student SRT Vouge dulu. Terkonang lak zaman nakal-nakal kat sekolah dulu, itu lah satunya tempat aku belajar erti hidup..*wah touching lak tetiba..


Taaada....! Ini lah hasil beberapa nurkilanku dan sis. 
Mee Kari











Beef Lasagna idaman semua :)
Nasi Impit Kuah Kacang yang lazat       bersama       Ayam Palembang resepi omak
Puding Caramel gula hangus hangit tapi lazat gak kata diaorang..
Potato Salad
Sosej Ikan Bilis yang termasin sikit :-p Org tua cakap nak kahwin sudahh..ahakkss!!
Nuggets untuk yang awet muda & kanak-kanak riang 
Last sekali Fruit Cocktail ni banyak membantu tekak-tekak yang borak tak hengat dunia..
Oh ya! big hug to kak June yang sudi datang awal semata nak tolong 
pe yang patut. yang lain tu juz datang berbekalkan perut yang bergelodak kelaparan..standart la m'sian benda free cepat jer serbu kann hahaa...wah laser lak mulut aku ni, huhuhuuu... jangan sentap sangat kay, syawal baru je habis semalam, tak baik simpan dalam hati. Dayang Nana sayang kamu...

Well apa pun congratulations to both of us segala penat lelah rasa berbaloi sesangat dengan kehadiran sahabat handai menikmati hidangan kami yang tak seberapa tapi agak superb gak lah rasanya... kata diorg.. bukan kata aku ;-)

Thank you sesangattt uols sudi singgah ke teratak comel kami..





No comments: