Pages

26 September 2013

Sushi Mushi ;)

Menurut original Japanese people ada menyatakan, untuk mahir dalam pembuatan Sushi memerlukan kepakaran dan pengalaman yang bertahun-tahun lamanya. Barulah hasil Sushi buatannya itu menjadi sangat lazat dan enak. 

Aku pula belajar buat Sushi tak sampai satu hari kottt.. dah pandai OMG! genius nya aku ni..huhahaaaa!! *Masuk bakul tekan lift sendiri ni...cam gampang punya perasan kann. Sebenarnya nak cakap yang aku adalah bakat sikit-sikit tuhan bagi tapi setakat buat Sushi ikut tekak sendiri sedap la sebab tekak sendirikan A.K.A (ada ku kisah) tekak orang len? Janji tekak aku suka noq..

Meh nak tunjuk ajar sikit cara buat Sushi yang agak pro gak la. I tell you what, base on my experience actually memang betul lah kata orang Jepun tu, the more you practice, the more professional and more tasteful your Sushi will be. 1st time aku buat Shushi dulu rasa boleh tahan la tapi rupa cam hampehhh, tak kemas langsung kayy, sedih tau masa tu. Sushi rupa macam cengkodok tapai pun ada ;(

Selain pemilihan bahan segar Sushi juga merupakan satu-satunya makanan yang memerlukan cara penyediaan yang sangat unik, berbekalkan pengalaman, kesabaran, kepakaran serta penglibatan  intelligent, creativity & emotional + air tapak tangan yang suci pasti (kalau tak suci nasi Sushi mesti ada rasa masin-masin skit. heheee..)

Nampak cam mudah je buat ni jomm kita try..

BAHAN-BAHAN UTAMA:


Bahan A:
2/3cup      Beras Sushi
Kepingan  Nori
3 tbsp       Rice Vinegar
1 tbsp       Gula
11/2 tsp    Garam






Bahan B - Mengikut creativiti dan citarasa sendiri. Bahan yang ada dalam fridge aku adalah:

Crabmeat       (Rebus)
Timun             (Rebus)
Lobak Merah (Rebus)
Sosej             (Rebus)
Cheesy Cream







CARA PENYEDIAAN:

1. Boilkan sukatan air mengikut arahan yang ada pada bungkusan Beras Sushi, bila air dah mendidih masukan cucian beras Sushi. Masak sehingga tanak. 

2. Dalam mangkuk lain, Rice Vinegar + Gula + Garam + Nasi Sushi : Gaul guna tangan sehingga sebati.

3. Panaskan oven kepada 150C. Masukkan Nori dalam ketuhar selama 1-2minit



Ok this is the most important part you should know:
Step 1: Letakkan helaian Nori di atas tikar Sushi buluh. Sebelum Nori aku letakkan lapisan plastic bagi menjamin kebersihan Sushi buatan ku :-)

Step 2: Menggunakan tangan yang basah letakkan satu lapisan nipis Nasi Sushi diatas Nori sambil tekan sedikit supaya ia padat.

Step 3: Diatas Nasi Sushi susunkan Timun + Sosej + Carrot + Crabmeat + Cheesy Cream di sudut hujung Nasi Sushi.





Step 4: Angkat hujung tikar, gulung dan takan perlahan-lahan ke atas bahan-bahan tadi dan Roll kan ke hadapan sehingga ke hujung Nori. Sehingga Nori tidak lagi kelihatan (dah tergulung la tu)


Boleh semua?? Ok let's do one more time.....






















10Q 4 ur time, I'm enjoying my Sushi..:-)

No comments: