Pages

25 March 2016

Umrah 2016: Belum sampai seru atau tak bersedia lagi??

Betul kata orang, rezeki, jodoh dan ajal tu adalah rahsia Allah. Tugas kita sebagai hambanya submit doa & berusaha. Insyallah dia maha mendengar.. Invitation kali ni menang tak ada langsung dalam plan carta 2016. Tapi years before menanglah pernah berangan nak visit Tanah Haram dengan BFF. Semua benda pun kami share bersama, niat di hati nak dia pun dapat rasa pengalaman semasa di Tanah Haram. Sekurangnya menjadi satu memory yang terindah bagi kami.



Ramai orang sanggup berhabis wang ringgit travel sehingga hujung dunia tapi tak pernah jejak kaki ke Tanah Haram. Bila di ditanya, jawapan standard yang biasa kita dengar belum sampai seru/tak bersedia lagi.

Let me tell u one thing, bukan nak cakap pe la dulu me pun sama gak tergolong dalam orang yang bagi jawapan standard tu. *eeerrr :) Ye la kita ni kan banyak dosa zaman-zaman jahiliah yang entah pape dulu kann... Perasaan takut Allah tu tak terima kita ni pun ada, takut jadi benda-benda pelik kat kita pun ada. Kepala otak start imagine yang bukan-bukan. Kot-kot kena sambar petir ke nanti, tak jumpa jalan balik ke, hilang tak dapat di kesan ke. ishh..ishh..ishh, naguzubilah!! 

Ni pengalam me nak share setelah dibukakan hidayah, alhamdulillah ... Setiap manusia yang lahir kat bumi ni, walau sealim mana pun dia, tetap akan ada melakukan dosa samada yang disedari atau tidak disedari. 

Ustaz kata dan kita pun tahu yang Allah tu maha pengampun dan penyayang, jadi mohon la ampun padanya walau sebesar mana pun dosa kita buat. Memang bukan mudah kita nak berubah lagi-lagi kearah kebaikan tapi sekurangnya kita ada niat yang ikhlas dengan bertaubat dan cuba yang terbaik. Insyallah Allah akan tunjukkan jalan dan permudahkan. 

Dalam pada kita nak berubah pun bukan boleh terus masuk gear 5, semuanya ada proses yang perlu dilalui. Ofcourse la kena start ngan gear 1 dulu, yang penting niat kita tu Allah yang tahu. Diakan maha penyayang of course la dia sangat memahami. 

Sesungguhnya Ini adalah sebahagian janji Allah kepada hambanya yang sanggup datang ke rumah sucinya dan memperhambakan diri kepadanya:-
1/ Rezeki yang tidak pernah putus
2/ Dijauhkan dari kemiskinan & keaiban
3/ Dibukakan pintu rahmat & hidayah 
*Menurut ustaz belum pernah lagi ada sekembalinya jemaah ke tanah air dikhabarkan jatuh miskin/papa.

Sweet sgt kann... ermm :)    * Maha suci Allah, sayangnya dia kat kita semua.

That's why lah amat penting kena ada ilmu sikit sebagai persediaan menjadi tetamu Allah sebelum kita mengadapnya agar Ibadah kita lakukan tidak sia-sia dan diterima olehnya di sana. 

1/ Solat sunat taubat: Walaupun namanya solat sunat tapi wajib lakukan yang satu ni bagi menyatakan niat kita yang ikhlas dan minta dia bantu agar kita menjadi hambanya yang disayangi. Almaklum la kalau dah lebel manusia ni tetap juga ada dosanya. Buat la solat taubat seberapa banyak kali yang mampu.

2/ Hadiri kursus: Sangat penting ambil tahu dan belajar what do & don'ts di Tanah Haram nanti. Tanya lah banyak soalan kepada Ustaz/Ustaza sampai faham. Agar ibadah kita tidak sia-sia dan berbaloi dengan apa yang sudah kita belanjakan untuk trip ni. 

3/ Alert keadaan cuaca di sana: Terdapat 2 musim sahaja di sana samada sejuk/panas. Pastikan dapat info yang betul dengan reading darjah nya sekali agar mudah buat preparation. 

4/ Pastikan hati kita sentiasa bersangka baik dan positif terhadap apa jua yang berlaku dan jaga pertuturan mulut kita. Ingat, apa yang kita fikir, niat dan cakap semuanya adalah doa.













10 4 ur time,
To be continue on next chapter....

No comments: