Merupakan satu bandar yang sangat padat dengan kehadiran ribuan manusia daripada seluruh pelusuk dunia yang datang untuk satu tujuan.
2/ Tidak hairan lah sekiranya kebanyakan retails disini agak mahal sedikit berbanding Madinah. It's like one stop tourist yang menghidangkan pelbagai barangan keperluan dan buah tangan (souvenir)
3/ Namun begitu Makkah punya banyak tempat-tempat bersejarah kebangkitan dan perjuangan Islam yang wajib dikunjungi bagi mengimbau semula dan menghayati sejarah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W junjungan kita.
4/ Masjid Quba, Masjid Qiblatain adalah antara tempat persinggahan Nabi S.A.W yang paling popular semasa perjuangan beliau suatu ketika dahulu. Details tentang tempat bersejarah yang lain di Mekkah/Madinah
Oh ya... sebelum terlupa, ke mana saja Masjid yang dilawati di Tanah Haram ni jangan lupa masukkan kasut/sandal dalam Shoe Bag dan bawa bersama ketika solat. Or else boleh je wakaf kan kat depan pintu masjid dan keluar dari masjid terus buat treatment tapak kaki dengan berkaki ayam :)
5/ Manakala beberapa bukit seperti Jabal Uhud, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Magnet, Gua Hira dll terdapat banyak kesan-kesan peninggalan beliau yang masih kekal sehingga hari ini dapat dilihat.

6/ Malahan ibadah Haji tidak akan lengkap tanpa berhijrah dan bermalam di Muzalifah, berwukuf di Arafah dan seterusnya stay di Mina untuk melontar. Melaksanakan ibadah haji memang memerlukan stamina dan kesabaran tahap dewa tau. Sementara masih muda dan sihat ni laksanakan lah sebelum terlambat dan menyusahkan orang lain kelak.
7/ Berada di Kota Mekah kita sendiri akan terasa masa berlalu begitu pantas, apabila panggilan azan berkumandang menandakan masuk waktu solat, ke semua kedai/retails tidak kira samada di dalam mall/street akan di tutup serta merta, malah ada yang kena halau lagi ada oleh peniaga kalau ada yang tak reti-reti nak pergi solat.
![]() |
| Map sekitar Masjid Al Haram. Kalau sesat boleh refer map ni. |
10/ Pada hari jumaat pula, ketika solat jumaat sekiranya ada kaum Adam yang berlegar-legar dan tidak mendirikan solat ketika itu, akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipenjarakan. Awas ya!
*I mean, common lah... dah datang jauh-jauh tak kan tak nak rebut pahala yang beribu kali ganda beribadah kat sini kannn... Ada masa buat la solat qadaq. Satu solat fardu tu dapat cover balik mana-mana solat kita yang tertinggal sebelum ni.

11/ Ketika semua umat manusia menunaikan kewajiban 5 waktu solat, ketika itu lah akan terasa seperti seolah-olah waktu berhenti seketika. Seluruh kota Mekah akan menjadi senyap, sunyi hanya kedengaran suara Imam Masjidil Haram berkumandang di udara mengimamkan umat seluruh Kota Mekah.
12/ Ketenangan yang sukar diperolehi di mana-mana tempat di seluruh dunia ni. Tak hairan lah kalau ramai yang tak jemu-jemu datang ke sini repeat visit Kota Mekkah. Terdapat banyak sangat keunikan that will touched your soul.
Different people, different experience (nak tau kena datang sini dan alami nya sendiri). Me dah doakan semua sahabat me yang dikasihi akan datang ke sini dan berpeluang merasakan keindahannya satu hari nanti.
Amenn.....!!!


No comments:
Post a Comment