Kota Madinah juga diisytiharkan sebagai Tanah Haram selain daripada kota Mekah kunjungan tidak akan lengkap tanpa mengunjungi ke dua kota ini. Di Madinah adalah sebagai tanda penghormatan kita umat nya kepada kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W yang abadi. Manakala Di kota Mekah pula tempat kita menyucikan diri.
Kota Madinah kelihatan lebih morden berbanding Makkah, mungkin kerana orang yang datang hanya fokus pada ibadah sahaja. Namun dari segi lokasi sejarahnya Makkah terdapat banyak tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan dihayati sekitar perjuangan Nabi Kita S.A.W

Compare dua kota ni kalau nak membeli barang/shopping elok la di Madinah saja kerana harganya lebih murah disini. Ramai yang memborong jubah yang berkualiti di Madinah yang rata-rata boleh ditawar sehingga 40rial berbanding di Makkah the lowest leh nego mereka boleh bagi pun 70rial, tu pun setelah berdebat cam Karam Walia nego ngan pak arab yang berniaga sekitar kota Mekah.
Masjid Al-Nabawi
![]() |
| Sekitar perkarangan Masjid Nabawi menjelang fajar |
1/ Merupakan tempat persemadian makam Nabi Muhammad S.A.W junjungan kita dan sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq dan Omar Al-Khattab. Sekitar makam beliau dan sahabat ini terkenal dengan panggilan Raudah (Taman syurga).
![]() |
| Sekitar ruang dalaman Masjid Nabawi |
2/ Masjid Al-Nabawi ni berkeluasan kurang lebih 40,000sf dan Raudah berada di dalam Masjid tersebut. Hanya kaum adam sahaja tiada halangan boleh terus ke makam Nabi S.A.W dan sahabatnya ini, manakala kaum hawa pula kawasannya adalah terhad dengan jarak tertentu dari makam tersebut namun masih boleh dilihat di bawah qubah berwarna hijau.
3/ Kawasan Raudah (Taman Syurga) adalah bermula dari tanda carpet masjid yang berwarna Hijau. Ini kerana keseluruhan carpet di dalam Masjid Nabawi adalah berwarna merah kecuali kawasan Raudah.
![]() | |
|
4/ Kawasan Raudah ini hanya dibuka pada masa-masa tertentu mengikut jadual yang ditetapkan petugas Masjid (Boleh refer/tanya pada tour agensi masing-masing) Bagi kaum Hawa, kawasan Raudah yang dapat dilawati adalah sangat terhad maka harus bergilir-gilir menunggu turn lawatan.
5/ Keadaan ini menyebabkan kesesakan dan terpaksa berebut dan berhimpit-himpit dek kerana manusia seluruh negara ke sana untuk menyapa salam dan berdoa disamping baginda. Namun kebiasaannya group-group lawatan ini akan dibahagikan mengikut negara masing-masing oleh petugas Masjid Nabawi dengan menayangkan signage mengikut nama negara/bahasa di tangan mereka.
6/ Sorry mengambil gambar memang tidak dibenarkan di dalam Masjid Nabawi ni. Masuk pintu masjid je dah kena check bag galas, kalau ada real camera dalam tu, wakaf je la kat masjid ya. Tapi phone me ada camera :D Heheheeee....!!
![]() |
| Sekitar perkarangan Masjid Nabawi di siang hari |
7/ Di dalam kawasan Raudah (carpet Hijau) ini juga terdapat satu lagi tempat yang sangat istimewa iaitu mimbar Nabi Muhammad S.A.W merupakan tempat favorite baginda menyampaikan khutbahnya. Ia merupakan salah satu tempat yang sangat mustajab doa.
8/ Tips untuk ke Raudah tanpa perlu berebut dan berasak-asak ke sana, joint group yang last sekali masuk dalam kurang lebih jam 10 pagi waktu tempatan.
9/ Seluruh Raudah adalah tempat mustajab doa kerana kita berada sangat dekat dengan baginda. Tapi yang sebenar nya walau di mana-mana kawasan Tanah Haram sekali pun adalah tempat mustajab doa itu sebab kena jaga apa yang kita fikir, niat dan cakap. Tapi keistimewaan di Raudah ni kita akan rasa lebih sayu dan dekat dengannya.
10/ Sehinggakan secara automatic kita akan terasa sedih dan sayu bila hendak mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. Satu perasaan yang lahir dengan sendiri, entah datang dari mana.
10 4 ur time,
To be continue next to Makkah..
10 4 ur time,
To be continue next to Makkah..




No comments:
Post a Comment